TAKAFUL HEALTH

Medical Card PruBSN Takaful atau TAKAFUL HEATLH CARD adalah satu manfaat tambahan dalam polisi Takafulink khas untuk perlindungan bil perubatan. Menawarkan perlindungan bermula dari nilai RM500,000 hingga RM1.5 Juta, sehingga berumur 80 Tahun. Ia juga menawarkan pilihan tiada had tahunan untuk penggunaan nilai kad.

Antara kelebihan TAKAFUL HEALTH CARD adalah seperti berikut :

* Had tahunan dan had keseluruhan sehingga 70 tahun yang tinggi
* Kebebasan memilih hospital dan doktor untuk merawat anda
* Perlindungan 24 jam diseluruh dunia (SOS International)
* Perkhidmatan bayaran secara online di lebih 50 buah hospital panel seluruh Malaysia. Anda tidak perlu membayar bil rawatan terlebih dahulu. Sebaliknya kos rawatan akan dibayar terus ke hospital melalui kemudahan perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS).
* Rawatan sebelum masuk hospital dan selepas keluar hospital
* Penjagaan jururawat di rumah
* Pembedahan balik hari (Day Surgery)
* Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan
* Rawatan Dialisis buah pinggang
* Rawatan Kanser
* Jaminan pembaharuan sehingga umur 80 tahun
* Jaminan tiada pembatalan portfolio (Non-Cancellable)

Sila lihat jadual dibawah untuk senarai manfaat TAKAFUL HEALTH CARD.


Manfaat TAKAFUL HEALTH CARD ini tertakluk kepada syarat dan terma ko-takaful iaitu :
1- Ko-Takaful sebanyak 10% (minimum RM 300 dan maksimum RM 1,000) untuk Manfaat Hospital dan Pembedahan (In Hospitalisation & Surgical), KECUALI untuk Manfaat Bilik dan Penginapan Hospital Harian tiada ko-takaful di kenakan. Maknanya, PruBSN akan membayar 100% kos bilik mengikut pelan yang diambil.