INFO SEMASA

PRUBSN MELANCARKAN PELAN BERKAITAN-PELABURAN BARU



KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Prudential BSN Takaful berjaya menembusi sempadan baru sekali lagi hari ini dengan pengenalan PruBSN Link Series, satu produk inovatif yang mempunyai 3 pelan unik - SmartLink; FirstLink dan TakafulLink.

PruBSN menambah kejayaannya sebagai peneraju pasaran di dalam produk berkaitan-pelaburan dengan pelan-pelan ini yang direka khas untuk setiap peringkat hidup individu. Pelan-pelan tersebut memberi fleksibiliti kepada para peserta untuk mendapatkan pelan paling ideal bagi perlindungan dan pelaburan yang sesuai dengan gaya hidup dan keperluan kewangan mereka.

PruBSN FirstLink ialah satu pelan Takaful sumbangan berkala berkaitan-pelaburan khusus untuk individu berumur 18 ke 25 tahun. Produk ini memberi para peserta kebebasan untuk mengubahsuai pelan bagi memenuhi keperluan gaya hidup mereka yang sentiasa berubah-ubah.

Selain itu, pelan ini juga meraikan pencapaian tertentu dalam kehidupan seperti perkahwinan, membeli rumah pertama, kelahiran anak atau menunaikan Haji atau Umrah dengan menghadiahkan RM500 melalui Bonus AchieveFirst.

Ini menjadikan PruBSN yang pertama dan satu-satunya pengendali Takaful di pasaran yang menyediakan manfaat unik sedemikian.

Mohd. Reza Imran, seorang eksekutif yang berumur 23 tahun dari Kuala Lumpur berkata, “Saya mengambil keputusan untuk menyertai pelan PruBSN FirstLink kerana mempunyai ciri simpanan dan manfaat perubatan yang menarik. Saya rasa ia penting untuk mempunyai pelan perlindungan yang bagus di usia muda lebih-lebih lagi apabila sudah mula bekerja.”

Dua lagi produk di bawah PruBSN Link Series, iaitu PruBSN SmartLink dan PruBSN TakafulLink adalah produk-produk yang dinaik taraf daripada produk-produk sedia ada iaitu pelan Takafulink Cerdik dan Takafulink.

PruBSN SmartLink ialah satu pelan yang menyediakan perlindungan serta membina dana pendidikan untuk para peserta yang berumur 1 ke 18 tahun. Pelan ini memberi bayaran tertentu untuk pelbagai pencapaian akademik melalui Bonus EduSmart.
Pelan yang ketiga di dalam PruBSN Link Series, PruBSNTakafulLink, ialah pelan perlindungan dan pelaburan yang komprehensif untuk mereka yang berumur di antara 26 ke 70 tahun.

Kesemua 3 pelan di bawah PruBSN Link Series menyediakan bonus loyalti kepada para peserta dan rider-rider yang dipilih bersesuaian untuk setiap pelan.
Maklumat lanjut mengenai produk ini boleh didapati di www.prubsn.com.my.

Mengenai Prudential BSN Takaful Berhad

Prudential BSN Takaful (PruBSN) merupakan kerjasama di antara Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Prudential PLC (Prudential) yanf memegang 51% and 49% saham masing masing.


Kerjasama ini meyediakan struktur yang kukuh untuk PruBSN memandangkan kekuatan Prudential di dalam produk-produk pasaraan dan perlindungan serta kedudukan korporat BSN yang membanggakan di Malaysia. Jenama dan identiti kedua-dua syarikat ini telah memberkan peluang besar bagi PruBSN untuk mempertingkatkan pertumbuhan industri takaful negara.

Visi PruBSN adalah untuk menjadi peyedia penyelesaian kewangan patuh Shariah bertaraf dunai degan menawarkan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang inovatif kepada para pelanggannya


SUMBER : PRUDENTIAL BSN TAKAFUL BERHAD


No comments:

Post a Comment