TAKAFUL HEALTH 2

KAMI BERIKAN GANJARAN DAN KINI LEBIH MANFAAT UNTUK PENJAGAAN KESIHATAN ANDA


 Kami berada di sisi anda apabila anda memerlukan
kami dan memberi ganjaran apabila anda kekal sihat.
Itu adalah janji yang telah kami tunaikan. Kini, kami
memberi tambahan kepada manfaat sedia ada untuk
menawarkan pelan perubatan yang lebih berbaloi untuk
anda. Memandangkan perbelanjaan perubatan yang
semakin meningkat disebabkan rawatan yang lebih maju
dan kemudahan-kemudahan yang dinaik taraf, kami
telah mereka satu pelan inovatif yang membolehkan
anda menerima rawatan perubatan yang terbaik daripada
kemudahan yang bertaraf tinggi.
Dengan Takaful Health2, nikmati ganjaran dan pilihan
untuk mendapatkan pelan penjagaan kesihatan yang
paling komprehensif.
Kerana kami hanya berikan yang terbaik untuk perihal
kesihatan anda.

Pelan perubatan untuk anda – Nilai lebih TINGGI dan lebih BAIK

Terus nikmati BONUS bagi TIADA TUNTUTAN
Kami memberi anda bonus1 tahunan sehingga RM500 sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan bagi tahun tersebut2. Kekalkan kesihatan dan anda akan menerima ganjarannya.
Perlindungan KOMPREHENSIF untuk bil hospital dan pembedahan .

Takaful Health2 memberikan anda ketenangan minda sepenuhnya. Ianya menyediakan perlindungan perubatan komprehensif sekiranya anda dimasukkan ke hospital, memerlukan pembedahan atau mendapat rawatan pesakit luar.
Manfaat Bilik dan Penginapan yang bernilai lebih TINGGI
Nikmati manfaat bilik & penginapan yang bernilai lebih tinggi dengan Takaful Health2.
Kini, manfaat1 kami bermula dari RM150 harian untuk Had Tahunan Keseluruhan bernilai RM50,000.
Pilihan KO-TAKAFUL atau DEDUKTIBEL
Selain ko-takaful, Takaful Health2 kini ada dua pilihan tambahan deduktibel. Pilih antara deduktibel bernilai RM3,000 atau RM10,000, yang mana memenuhi keperluan pelan perubatan anda. Sertakan bersama TH Retirement3 dan secara automatik ianya akan menukarkan amaun deduktibel kepada ko-takaful apabila anda mencapai usia 55 tahun. Bukan sahaja pilihan ini menjadikan pelan anda jadi lebih berpatutan, ianya juga memberi anda perlindungan tambahan di waktu anda paling memerlukannnya – semasa zaman persaraan anda.
Perlindungan TAMBAHAN sehingga UMUR 100
Pelan perubatan Takaful yang komprehensif ini memberi perlindungan sehingga anda mencapai usia4 25, 70, 80 atau 100.


Kami beri LEBIH lagi

 
Rawatan LUAR NEGARA

Dengan TH Overseas, anda mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan perubatan bagi lima jenis kondisi yang dilindungi di Singapura, Hong Kong, China dan India.

Pilihan untuk MENGETEPIKAN had tuntutan tahunan UNTUK KESEMUA PELAN 

TH Annual Limit Waiver3 kini dibuka kepada kesemua pelan Takaful Health2. Dengan mengambil pilihan ini, anda tidak perlu bimbang jika bil perubatan tahunan anda melebihi had tuntutan tahunan5 anda.

NAIK TARAF AUTOMATIK ke pelan bernilai lebih tinggi

Kami akan menaik taraf secara automatik pelan Takaful Health2 anda dua kali ganda6 tidak mengambil kira keadaan kesihatan anda dan sebarang tuntutan perubatan sebelumnya yang telah dibuat jika anda sertakan TH Auto Upgrade3. Naik taraf ini akan mengikut terma dan syarat pada permulaan atau apabila ianya disertakan bersama pelan Takaful Health2 anda.



LEBIH pilihan dan lebih BERPATUTAN

Pilih dari lima pelan Takaful Health2 mengikut keperluan dan bajet anda. Dari serendah RM100 sebulan, anda pasti dilindungi secukupnya.



Takaful Health2 adalah semua yang anda PERLUKAN


1. Apakah Takaful Health2?

Takaful Health2 adalah satu pelan rider perubatan melalui sumbangan berkala yang membayar balik perbelanjaan perubatan utama sekiranya anda dimasukkan ke hospital, melakukan pembedahan atau menerima rawatan pesakit luar. Pelan ini juga memberi ganjaran Bonus bagi Tiada Tuntutan (NCB) jika tiada sebarang tuntutan dibuat bagi tahun tersebut. Anda boleh pilih sama ada ko-takaful atau deduktibel sebanyak RM3,000 atau RM10,000.

2. Siapakah yang layak menyertai pelan Takaful Health2?

Pelan ini dibuka kepada individu yang berumur 1 ke 70 tahun yang menyertai mana-mana pelan PruBSN Link Series.

3. Saya seorang yang sihat. Kenapa saya perlu mengambil Takaful Health2?

Ianya berbaloi untuk kekal sihat! Dengan Takaful Health2, kami akan memberi ganjaran NCB jika anda tidak membuat sebarang tuntutan pada tahun tersebut. NCB ini akan digunakan untuk
membeli unit tambahan untuk Akaun Unit Pelaburan (IUA) anda. Sekiranya anda memilih pelan yang lebih tinggi, NCB yang menanti anda adalah lebih tinggi juga.


4. Kos perubatan kian meningkat. Bagaimanakah Takaful Health2 dapat membantu saya?

Kenapa anda ingin menghadkan amaun tuntutan dalam satu tahun? Sertakan10 TH Annual Limit Waiver pada mana-mana pelan Takaful Health2 dan kami akan mengetepikan had tahunan. Kini,
anda tidak perlu bimbang tentang jumlah tuntutan perubatan tinggi yang tidak diduga.



5. Bolehkah saya mendapatkan rawatan di luar negara?

Jika anda menerima rawatan di luar negara di bawah pelan Takaful Health2 anda, manfaatmanfaat dibayar mengikut kos-kos rawatan yang berpatutan dikenakan oleh hospital di Malaysia.
Manfaat tidak akan dibayar jika anda tinggal di luar negara melebihi 90 hari. Walau bagaimanapun, batasan menetap di luar negara selama 90 hari tidak dikenakan apabila anda sertakan10 TH Overseas kepada pelan Takaful Health2 anda. Dengan rider ini, anda mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan perubatan atau nasihat di Singapura, Hong Kong, China atau India. Pembayaran balik perbelanjaan perubatan adalah berdasarkan kepada caj-caj yang berpatutan dan kebiasaan negara tersebut. 


Kami hanya memberi perlindungan untuk kondisikondisi
berikut:
• Pembedahan berkaitan dengan kanser
• Neurosurgeri
• Pembedahan pintasan arteri koronari
• Pembedahan injap jantung
• Pemindahan organ (Pemindahan buah pinggang, paru-paru, hati, jantung, pankreas dan
sumsum tulang)


           KAMI SEGERA UNTUK MAKLUMAT LANJUT:
013-9798985

No comments:

Post a Comment